KELAS NADI MAHIR MASAK MINGGU 14 (PROSES SEJUK BEKU)
14 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 14 April 2026, telah berlangsung Kelas NADI MAHIR MASAK secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 2 jam, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus NADI MAHIR MASAK pada minggu ini adalah proses sejuk beku. Tenaga pengajar mahir memberi taklimat mengenai proses sejuk beku makanan dan perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk membuat makanan sejuk beku. Seterusnya, tenaga pengajar turut memberi penerangan topik minggu seterusnya kepada peserta iaitu pembuatan donut.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: